Friday, October 17, 2008

Terima Kasih Tuhan .... (Maaf kawan-kawanku)



17hb Oktober 2008 ( 5.05pm)

Terima kasih Allah kerana mendengar dan memakbulkan doa hambaMu ini. Hari yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba. Baru sebentar tadi CEO mengumumkan new structure IIC. Alhamdulillah namaku tiada dalam senarai. Bermakna, confirm surat resignku diterima. Syukur....


Tak pernah kuimpikan untuk menjadi seorang kaunselor.5 tahun sebagai kaunselor dan 4 tahun memegang jawatan sebagai Chief Counselor, banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolehi. Menjadi kakak kepada adik-adik counselor yang ramai (err..kecuali En Rosli ..)Menjadi kakak kepada beratus-ratus peserta Road To Success (RTS 1-RTS7).... Takkan mampuku beli semua pengalaman dan kenangan yang ada..tak ternilai rasanya..... Namun, terpaksaku lepaskan semuanya kerana hati ini telah berkata, "Cukup...telah tiba masanya untuk aku berundur....telah tiba masanya untuk aku memberi peluang pada diriku..pada keluargaku..pada suami..pada Ain..pada Aqil...pada masa depanku..pada cita-citaku..pada impianku...." Dan aku nekad walaupun mungkin aku telah membuatkan beberapa hati terluka...walau mungkin aku telah menyebabkan ada insan yang menanggung bebannya.... Tapi hati ini telah tidak mampu untuk meneruskan...

Maaf counselor-counselorku, bukan niat untuk menyusahkan sesiapa tetapi aku rasa sudah tiba masanya untuk aku memulakan sesuatu yang baru dalam hidupku...


Wan - terima kasih kerana banyak membantu K.Atie selama ini... K.Atie sentiasa kagum dengan Wan..masih mampu memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi bila ada program walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak...

Asma'- terima kasih kerana sentiasa membantu K.Atie membuat proposal, membuat ayat-ayat yang canggih.Bukan setakat kerja-kerja CCGD, bahkan PA tak rasmi pada projek paper kakakmu yang ntah tahun bila akan siapnya. Juga bukan setakat counselor & PA bahkan kakak kepada Ain yang banyak cengkadaknya....

Zana - adik yang peaceful, cekap & selalu siap kerja bukan setakat on time tapi b4 time. Thanks zana kerana sentiasa membantu K. Atie di saat-saat K. Atie memerlukan

Az - terima kasih Az kerana tak pernah menolak kalau K.Atie meminta pertolongan... Az tak pernah menghampakan K.Atie di saat K.Atie mengharapkan bantuan walau macamana tunggang langgangnya Az di waktu itu..

Ayu - Walaupun masih baru sebagai counselor, K. Atie kagum kerana Ayu memang betul-betul concern dengan students..sanggup korbankan masa makan semata-mata nak buat session dengan student. Terbukti tiada ilmu kaunseling bukan bermakna tidak mampu menjadi kaunselor yang baik...

Fatah - banyak yang K.Atie belajar dari Fatah especially tentang program.. Terima kasih dan K.Atie sangat-sangat menghargainya.Semoga Fatah dapat bantu Shayu untuk CCGD.

En Rosli - terima kasih kerana sentiasa memberi semangat untuk saya menghabiskan master di UM. Insyaallah dengan berkat doa En. Rosli, saya akan pastikan konvo di UM 2009 nanti nama saya akan tersenarai..Insyallah..

Kiah- tak terbalas rasanya jasa kiah selama ini dalam membantu K.Atie untuk terus jadi "cip". Tak tersenarai dan tak tersebut betapa banyaknya ilmu yang K.Atie perolehi dari Kiah. terima kasih dik..

Zai - terima kasih kerana membantu K.Atie sejak zaman practical counselor lagi hinggalah di saat melangkahkan kaki keluar dari IIC. Sentiasa bertindak cepat,tepat dan betul (err..itu untuk polis)


Shayu - Maaf dik kerana secara tidak langsung beban terpikul di bahu Shayu. Bukan niat, bukan itu yang didoakan tapi percayalah Shayu adalah yang terbaik untuk berada di tempat ini apatah lagi bila CCGD digabung dengan discipline... K.Atie yakin dan percaya dengan kemampuan Shayu dan K.Atie yakin counselor lain akan bersama-sama Shayu untuk menaikkan semula CCGD di tempat yang kita pernah berada sebelum ini... Insyaallah....

Cik Din, Izwan, Arif, Akma, Aman, KN, Del, Asma Yasrib, Sharidan,Echah......
Terima kasih kerana pernah mewarnai CCGD semenjak 2004 hinggalah ke hari ini...
Terima kasih kerana mewarnai hidup dan hari-hari K.Atie selama bergelar Chief Counselor di IIC...

Juga istimewa buat nani..
terima kasih kerana banyak membantu saya selama ini..Percayalah,saya bangga dengan Nani!!

Buat Yusminna, Misliah, Hasanul, Asrijadi, Zulfah, Hanum dan adik-adik di IIC yang berjiwa kental..
Syabas kerana mampu mengharungi cabaran demi cabaran dan dugaan Allah...Insyaallah mendung tidak akan mengiringi kita selama-lamanya...... Adik-adik semua telah berjaya membuktikannya....

Juga buat pelajar-pelajar IIC khususnya yang terlibat dengan RTS 1 - 7, terima kasih kerana pernah berkongsi rahsia, pernah bertukar cerita, pernah bersama-sama saya. Semoga apa yang diberikan dapat menjadi panduan dan pedoman untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan...

Maaf..
Sekiranya ada yang tersinggung...
Sekiranya ada hati yang tersentuh...
Sekiranya ada tutur kata yang kurang menyenangkan....
Diri ini hanya insan biasa..serba kekurangan dan kelemahan....


Terakhir untuk semua counselor...
Seperti yang telah Kak Atie katakan,"I'm just resigned as a Chief Counselor, but not as a sister...You still can have my shoulder to cry on...you still can have me as a friend to rely"...


A Shoulder To Cry On



Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be aloneI
'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone
cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone,
you wont be alone
Cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on

8 comments:

z'kea m.s said...

Akhirnya kak atie... macam kak atie, kiah juga tak pernah termimpi akan jd kaunselor. tapi terlalu byk yang dipelajari sepanjang bersama CCGD. Personally to kak atie.. kak atie dah buat lebih dari seorang boss dan kakak. tak tau nak balas budi baik kak atie... esp part simpan rahsia.. kak atie la juara.

arrieza said...

terima kasih kiah..bukan senang untuk menjaga rahsia orang tapi ilmu counseling yang kita pelajari mendidik diri kita untuk menahan mulut dari tercerita...Tq sis..K.Atie bahagia bila tengok kiah & adik-adik lain bahagia....(biarlah I derita menanggung rahsia sorang-sorang...waaaaa.....)

z'kea m.s said...

hehehe..ikhlas tak simpan rahsia? Rahsia dah terbongkar pun....
Love you sis..

Anonymous said...

madaammmm..knape nk brundur plak????ishhh ni yang sedih ni... :(

maria-el-qibtiah said...

k.tie..sedey nye...touching..
dan words yg seangkatan dengan nya...k.tie tolong sy lg bnyk dr sy tolong k.ti..thank u sis...

saibidina said...

kak tie..
akhirnya sy smpi gak ke blog kak tie..CCGD was my first training ground. Tanpa CCGD, tanpa kak tie dan kawan2 di CCGD saya takkan berada di tempat sekarang. Miss u all and I OWE u all A LOT!!samalah2 kita perjuangkan hidup kita di UM lak akak ek

arrieza said...

Tq adik-adikku...semuanya berjasa pada K.Atie..semuanya K.Atie sayang...

arrieza said...

When it rains, you don't see the sun but it's there....
Hope we can be like that,
We don't see each other but we'll always be there for each other....