Sunday, January 20, 2013

Bila Kakak Menangis....



kakak...

Bila ibu tengok airmata kakak yang tumpah Jumaat lepas, sedih rasa hati ibu...Ibu tahu kakak kecewa sangat-sangat bila tak terpilih dalam team netball sekolah. Ibu tahu kakak tak terpilih bila Aina kata pada kakak "Jangan nangis pulak!" Hati ibu dah terdetik yang kakak tak terpilih, tapi ibu tak nak tanya sebab tak nak kakak sedih.  Bila sampai kat parking, ibu tengok mata kakak basah, ibu tau kakak sedih sangat..Ibu cuma mampu peluk kakak sebab ibu sedang mencari kata-kata yang sesuai untuk pujuk hati anak kesayangan ibu ni.  Sebelum masuk bilik kakak, i wish nenek ada masa tu sebab ibu nak tau macamana nenek pujuk ibu bila ibu sedih...Ibu betul2 rasa yang ibu perlukan nenek masa tu untuk ubatkan luka hati kakak.

Selalu ibu tengok kakak menangis bila kena marah dengan ibu atau abah..atau bila kena buli dengan adik.  Tapi kali ni kakak menangis sebab kecewa...menangis sebab impian kakak untuk terpilih dalam team sekolah dah berkecai...Itu yang buat ibu rasa sangat-sangat sedih sebab ibu tak pernah tengok kakak dalam keadaan macam tu...I wish i can do something...tapi ibu tidak boleh menidakkan takdir Allah.  


Kakak...

Ada beberapa perkara yang kakak perlu tau. Pertama, bila kakak beritahu ibu yang kakak nak cuba join untuk selection netball tu, ibu dah bangga...at least kakak nak cuba (even sayang ibu ni tak tau beza netball & basketball..ooppss...) Sebab tu ibu & abah tak kisah balik lambat & tunggu kat depan pagar sekolah masa kakak tengah training...Ibu nak tengok macamana my little princess beraksi. You look so cute bila pakai beep yang besar & asyik terlondeh kat bahu...

Kedua, ibu bangga bila tengok anak ibu yang rendah tapi masih bersemangat melompat & terkejar ke sana ke mari untuk dapatkan bola walaupun 80% team kakak & team lawan orangnya agak tinggi. Anak ibu tak mengaku kalah...Masa tu, ibu cuma nampak seorang budak perempuan yang bersemangat waja, semangat juang yang tinggi tapi sentiasa tersenyum sedang bersungguh-sungguh membantu pasukannya untuk menang...Itu yang ibu nampak..& ibu sangat-sangat bangga kerana itulah budak perempuan yang pernah berada dalam rahim ibu 10 tahun dulu.Daripada seorang bayi kecil, manja & banyak ragamnya menjadi kakak pada hari ini...Dalam hati ibu, walaupun mungkin kakak tak terpilih, ibu dah cukup bangga sebab dapat tengok kakak berlatih selama 2 minggu tu.

Ketiga, kakak kena ingat & sentiasa tanamkan dalam hati. tak semestinya apa yang kita impikan,kita idamkan akan semua tercapai..Mungkin ini pertama kali kakak rasa kecewa yang teramat sangat bila impian kakak musnah.  Percayalah anak ibu, sepanjang melayari kehidupan di bumi Allah ini, akan ada banyak dan pelbagai bentuk ujian yang Allah akan beri pada hambaNya.  Mungkin Allah akan uji kakak dengan kegembiraan, kebahagiaan, kesedihan, kekecewaan, & pelbagai bentuk ujian yang mungkin kakak rasa kakak tak mampu hadapi..Tapi percayalah sayang ibu, Allah tak akan uji kakak dengan ujian yang Allah tau kakak tak mampu menghadapinya..Allah akan uji kita dengan ujian yang kita pasti mampu menghadapinya. walaupun mulut kita menyebut,"Aku dah tak mampu nak tanggung.." tapi sebenarnya kita masih boleh melalui & melepasi setiap ujian itu. Cuma sebagai manusia yang lemah, adakalanya kita akan jatuh tersungkur, adakalanya kita akan rasa betapa hidup ini sangat kejam & tidak adil, adakalanya kita akan rasa kenapa kita yang diiuji, kenapa  tidak pada orang lain.

Bila itu semua terjadi pada diri kakak suatu hari nanti & mungkin berkali-kali..& tatkala itu ibu dah tak ada di sisi kakak untuk peluk & pujuk kakak, untuk mengusap airmata kesedihan kakak, ibu nak kakak ingat pesan ibu.  Bila kakak sedang diuji, bila kakak sedang sedih yang teramat sangat, bila kakak sedang terluka yang mungkin tak tertanggung rasanya...

1)pada masa itu, kakak menangislah sepuas-puasnya...Anggaplah airmata yang mengalir ibarat kakak sedang berusaha untuk mengeluarkan segala kesedihan dan kelukaan itu dari diri kakak.
              
2)kakak usaplah airmata  & senyum pada diri sendiri.Katakan pada diri kakak yang Allah sayangkan kakak. Ujian itu cuma ingin mengukuhkan lagi keimanan & ketakwaan kakak kepadaNya.  Kakak pada diri sendiri yang kakak kuat, kakak tabah & kakak percaya kepada rahmat Allah. Itu yang selalu ibu buat bila ibu sedih, kecewa dan tak tahu nak mengadu pada sesiapa.

3)kakak tulis semua perkara-perkara yang melukakan hari kakak di atas sehelai kertas, senaraikan segala masalah yang mengusutkan diri kakak, dari A-Z. Kemudian, kakak koyakkan kertas tu sekecil-kecil yang mungkin & buangkannya.  Ibarat kakak dah buang segala masalah yang ada.  Memang masalah tetap ada & masih perlu diselesaikan tapi buat permulaan, itulah yang sebaik-baiknya untuk meredakan keresahan hati.  Cubalah sayang, Insyaallah kakak akan rasa lega (mungkin cuma buat seketika tetapi sekurang-kurangnya ianya dapat membantu meredakan perasaan kakak).  Mungkin kakak tanya macamana ibu tahu? Percayalah sayang, dah berpuluh-puluh helai kertas yang ibu koyakkan bersama-sama masalah yang pernah ibu lalui &
setiap kali ibu melakukannya, ibu rasa lega yang teramat sangat. 

4)Bila kakak dah tenang, fikirkan semula setiap apa yang berlaku secara rasional.  Cuba cari jalan penyelesaian satu persatu. Bagi ibu, masalah dan cara menyelesaikannya adalah sama seperti kita membuat latihan matematik.  Soalan matematik sama seperti masalah yang kita sedang lalui. Kita kena fikirkan jalan penyelesaiannya.Mungkin satu kaedah, mungkin dua atau tiga kaedah yang kita boleh gunakan untuk menyelesaikannya.  Sama seperti masalah hidup kita, kita mungkin boleh lihat dan selesaikan dari pelbagai sudut yang berbeza. akhir sekali, kita cuma pilih satu cara penyelesaian yang terbaik yang mampu kita lakukan dan tidak lari dari syariat yang ditetapkan. 

Mungkin ibu tak pernah beritahu kakak selama ini bahawa kakak seoarang anak yang baik, sentiasa memahami ibu, tak kira dalam keadaan apa sekalipun.  Maafkan ibu kerana mungkin tidak mampu menjadi ibu yang terbaik buat kakak & adik tapi percayalah sayang, ibu insan yang serba kekurangan, masih mencari-cari rentak yang terbaik untuk menjadi seorang ibu yang hebat buat kakak & adik. Namun apa yang pasti, kasih sayang ibu pada anak-anak tetap selama-lamanya. Setiap malam ibu akan tatap & cium anak-anak ibu sewaktu kakak & adik sedang tidur.  Kakak dan adik adalah syurga kebahagiaan ibu.  Sedih kakak, sedihlah ibu...Duka adik, dukalah ibu.


Anak ibu yang bernama NUR AIN FARZANA (cahayamataku yang bijaksana)....

Seandainya ibu tidak sempat melihat kakak & adik membesar & berjaya, berjanjilah pada ibu yang kakak akan jaga adik, sayang adik & sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain.  Jika kakak tersalah langkah, kembalilah kepadaNya...Ingat segala pesanan ibu ya sayang....Kalau kakak sedang bersedih, solatlah...jadikan Al-Quran sebagai teman & mengadulah kepadaNya kerana hanya Dia yang Maha Mendengar dan tidak pernah menghampakan permintaan kita.


Anak ibu...

Jangan bersedih lagi ya sayang..Jadikan kegagalan kakak sebagai satu semangat dan langkah pertama untuk berjaya di dalam hidup, di dunia & akhirat.atau mungkin bila kakak dan berlatih bersungguh-sungguh, kakak boleh cuba untuk pemilihan pada tahun hadapan.  Mungkin juga netball tidak sesuai dengan kakak. Tak salah kalau kita mencuba dan bukan salah kakak juga kalau kakak tidak terpilih. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat anak-anak ibu...Pegang pada kata-kata itu ye..

Akhir sekali, ibu sayang kakak & adik. Ibu akan buat apa saja yang termampu untuk berikan yang terbaik buat kakak & adik.

Friday, December 14, 2012

Besarnya nilai RM3.32

Berpeluang menjejakkan kaki ke Pulau Bali November yang lalu menambah pengalaman dan pemandangan baru dalam hidupku. Benar, jauh perjalanan luas pemandangan. Bali memang sebuah pulau yang indah. Melihat terbenamnya matahari di Pantai Jimbaran membuatkan hati terasa sayu..Indahnya ciptaan Allah...Walau dimana kita berada, walau di bumi mana kita berpijak, kejadian Tuhan tetap sama...Naik turunnya matahari, keindahannya tetap sama. Subhanallah..terima kasih Allah kerana memberi hambaMu ini peluang untuk menikmati semua ini bersama-sama keluarga tercinta.

Sepanjang percutian, memang tidak dinafikan aku dan keluarga gembira kerana berpeluang menghabiskan masa bersama-sama. Namun di hari terakhir di Pulau Bali, Allah telah memberi suatu pengalaman yang tidak dapat aku beli di mana-mana.

Setiba di lapangan terbang, aku dan keluarga bergegas mencari musollah.  Menurut petugas di situ, kami harus ke bahagian domestik kerana itu yang paling hampir.  Semasa aku dan anak perempuanku masuk ke musollah itu, ada seorang makcik (penduduk tempatan) yang sedang makan biskut. Selesai solat, aku teringat duit baki rupiah yang masih ada di dalam poketku. Ada IDR10,000 sahaja yang tinggal.  Terus aku salam makcik tersebut dan memberinya wang tersebut. Makcik itu kehairanan."Saya dah nak pulang ke Malaysia, saya tak perlukan duit ini lagi". Makcik itu terus menyalami tanganku dan mencium tanganku."Terima kasih nak..banyak uangnya ini."Aku terkejut dengan tindakan makcik itu mencium tanganku sebagai tanda terima kasih. Aku segera menarik tangan ku kerana tidak sampai hati membiarkan tanganku dicium oleh insan yang usianya mungkin sebaya dengan ibuku.  Aku terus memeluknya dengan rasa sebak.Aku keluar dari musollah tersebut dengan perasaan yang bercampur baur. IDR10,000 kalau ditukar kepada matawang Malaysia nilainya baru RM3.32. Kalau di Malaysia, duit sebanyak itu apa sangatlah yang boleh dibeli. Sebak mengenangkan duit sebanyak itu membawa erti yang begitu besar pada makcik itu.

Sehinggga ke saat ini aku masih terbayang-bayang wajah dan kata-kata makcik itu. sesungguhnya ya Allah, aku tak akan dapat pengalaman dan pengajaran seperti ini dalam mana-mana buku di dunia ini.  Aku bersyukur kerana di kurniakan keluarga yang penuh dengan kasih sayang, rezeki yang murah, pekerjaan yang baik serta dikelilingi sahabat-sahabat yang baik. 

Ya Allah, kau murahkan rezeki makcik itu dan kuatkan semangatnya untuk meneruskan kehidupannya dengan penuh kesabaran dan keberkatan.




Tuesday, October 30, 2012

La Tahzan....





Hidup ini adakalanya membahagiakan..adakalanya menyedihkan..Itulah warna-warna kehidupan yang harus dilalui dan ditempuhi.bahagia,derita,ceria,hiba silih berganti sepanjang menyusuri kehidupan sebagai seoarang insan. Sulit untuk melihat segala yang berlaku disekeliling dengan mata lebah..Cuba mencari yang positif di dalam setiap kelukaan...cuba mengintai yang indah pada setiap kesedihan. Berkata memang mudah.untuk menerimanya?Amat perit.Namun..hidup mesti diteruskan.


Setiap insan mempunyai tafsiran berbeza.Untuk merawat hati yang terluka pasti mengambil masa & mungkin walaupun telah sembuh,parutnya tetap ada. Ibarat memukul paku di dinding..apabila dicabut, pakunya telah tiada namun lubang-lubang yang ada mengambil masa untuk menjadi seperti sediakala atau mungkin tidak akan kembali seperti yang asalnya.


Duhai hati..rawatlah sendiri kelukaan itu. Sesungguhnya rahmat Allah tak terjangkau.Mungkin ini adalah titik tolak kepada perubahan..Mungkin adalah langkah pertama sebuah penghijrahan setelah terlalu lama di dalam zon selesa.Mungkin ini yang terbaik untuk diri ini. Mulakan langkahmu walau mungkin pada mulanya agak kekok...mungkin akan tersandung...Tapi hidup mesti diteruskan. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih & Maha Mendengar.


Sesungguhnya aku hambaMu yang amat lemah..Telah kupujuk hati ini untuk menjadikan segalanya seperti sediakala namun setakat ini masih gagal....bantulah aku ya Allah...Kau berikanlah apa yang terbaik untuk hambaMu kerana di waktu ini, di saat ini aku masih lagi kabur untuk memulakan langkah itu....

Sunday, June 28, 2009

UUM...aku kembali...!!!!!!!!!!!!!!

17-19 Jun 2009...

Setelah hampir 12 tahun meninggalkan bumi Sintok, akhirnya aku kembali menjejakkan kaki, menyusuri kenangan sewaktu bergelar siswi. Perasaan yang bercampur baur...gembira, sedih, bahagia,rindu, marah...semuanya bersatu dalam diri tatkala melihat Kolej TNB..Tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat menimba ilmu..
Dan apa yang lebih membahagiakan adalah apabila dapat berkongsi perasaan ini bersama-sama suami,anak-anak dan abah tersayang...

Kepada sahabat-sahabat Blok A, kolej kediaman TNB tahun 1994-1997...
Su & McZarr....terima kasih di atas nilai persahabatan yang terjalin




Wednesday, May 6, 2009

Selamat Hari Ibu


hari ibu akan tiba.....masing-masing sibuk memikirkan apa hadiah yang sesuai untuk ibu masing masing...bagi insan yang telah kehilangan ibu tersayang?....hanya Al-Fatihah menjadi hadiah tetap setiap tahun....tiada pelukan..tiada ciuman....yang ada hanya kerinduan....Al-Fatihah buat bonda Zaharah Bt Hj Mat Isa.

Tapi sebagai ibu, aku amat berbangga dan bahagia kerana diberi peluang oleh Allah untuk menjadi ibu kepada sepasang putera & puteri....Mampukah aku menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku?

Tuesday, December 2, 2008

A new day..a new life....(Motivasi untuk diri sendiri)

Hari ini hari kedua dalam semester baru di IIC (Semester 2, 0809). Lega...gembira..tenang..dengan dunia baru...Rasa lain jek.... Itulah orang kata, kalau hati gembira, sekeliling akan nampak indah belaka....Terima kasih ya Allah kerana mendorongku untuk membuat keputusan itu...

Sekarang, inilah masanya untuk aku kotakan janjiku pada diri sendiri untuk menyiapkan project paper secepat mungkin....

Ya Allah...
semoga Kau berkati hidupku...suamiku..anak-anakku..ibubapaku..adik beradikku.....pelajar-pelajarku..
Berilah kekuatan pada hambaMu ini untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslimah..seorang isteri..seorang ibu..seorang anak..seorang adik..seorang kakak...seorang pendidik..Amin...

Thursday, November 6, 2008

Selamat berjuang..(Buat pelajar-pelajar IIC)

Minggu exam akan bermula esok....So selamat berjuang untuk pelajar-pelajar IIC terutamanya :
Maths 1 Section 1, Maths 2 Section 1, Maths 2 section 2..
Enjoy dengan kelas U all this sem. Sorry coz terajar Maths 2 dalam kelas Maths 1 ari tu... Sorry kalau banyak membebel. Tapi marah saya kerana sayang...bebel & sindir saya kerana concern... Good luck & try your best.... Macam yang saya selalu katakan

"I'm happy to see you but not in the same subject"


It's better to look ahead and prepare; than to look back and regret...


Good luck & Good look ...

Tuesday, November 4, 2008

PAKU DIDINDING HATIMU...

Banyak kali kuterima email ini. Aku sekadar membaca untuk peringatan dan ingatan diri tetapi hari ini inginku berkongsi cerita ini buat yang sudi membaca.....


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata ; "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah, tak kira berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita”.

Kisah yang simple tapi penuh pengertian.. Tersentuh hati membacanya. Entah berapa banyak lubang yang telah kutinggalkan di hati insan-insan tersayang... Mungkin selama ini tanpa kita sedari, kita telah membuatkan hati seseorang terluka...Mungkin ketika kita marah..mungkin ketika kita di dalam keadaan tertekan..mungkin ketika kita sedang kecewa mahupun bersedih....Atau mungkin juga sekadar niat untuk menegur dan menasihati.

Namun, tidak kira walau apapun keadaan dan situasi kita di tika itu, tidak kira apapun niat kita yang sebenar...berfikirlah dengan rasional...berkata-katalah setelah berfikir..lihatlah wajahnya...fahamilah keadaannya...letakkan diri kita ditempatnya. Itulah yang sebaik-baiknya sebelum bibir mula menuturkan kata-kata...

Pesanan dan ingatan ini adalah buat diriku dan buat sesiapa sahaja yang mungkin pernah melakukannya..

Ya Allah..
Ampunkan dosa hambaMu ini.

Abang..
maafkan isterimu sekiranya tutur kata dan bicara yang mengguris hati abang sepanjang 7 tahun perkahwinan kita.

Anak-anakku Ain & Aqil...
maafkan ibu sekiranya marah dan teguran ibu membekas di hati anak-anak ibu.

Abah...
ampunkan acik sekiranya selama 34 tahun menjadi seorang anak, acik telah melukakan hati abah.

Along, nyah & cuwan....
Kemaafan dipinta sekiranya ada ketikanya acik tidak berbicara seperti seorang adik dan kakak.

Sahabat-sahabatku..
Mungkin telah ada yang telah dan pernah terasa. Maafkan aku kerana bukan itu niatku...

Kepada semua.....
Maafkan diri ini sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda semua.

Friday, October 17, 2008

Terima Kasih Tuhan .... (Maaf kawan-kawanku)



17hb Oktober 2008 ( 5.05pm)

Terima kasih Allah kerana mendengar dan memakbulkan doa hambaMu ini. Hari yang aku nanti-nantikan akhirnya tiba. Baru sebentar tadi CEO mengumumkan new structure IIC. Alhamdulillah namaku tiada dalam senarai. Bermakna, confirm surat resignku diterima. Syukur....


Tak pernah kuimpikan untuk menjadi seorang kaunselor.5 tahun sebagai kaunselor dan 4 tahun memegang jawatan sebagai Chief Counselor, banyak pengalaman dan ilmu yang aku perolehi. Menjadi kakak kepada adik-adik counselor yang ramai (err..kecuali En Rosli ..)Menjadi kakak kepada beratus-ratus peserta Road To Success (RTS 1-RTS7).... Takkan mampuku beli semua pengalaman dan kenangan yang ada..tak ternilai rasanya..... Namun, terpaksaku lepaskan semuanya kerana hati ini telah berkata, "Cukup...telah tiba masanya untuk aku berundur....telah tiba masanya untuk aku memberi peluang pada diriku..pada keluargaku..pada suami..pada Ain..pada Aqil...pada masa depanku..pada cita-citaku..pada impianku...." Dan aku nekad walaupun mungkin aku telah membuatkan beberapa hati terluka...walau mungkin aku telah menyebabkan ada insan yang menanggung bebannya.... Tapi hati ini telah tidak mampu untuk meneruskan...

Maaf counselor-counselorku, bukan niat untuk menyusahkan sesiapa tetapi aku rasa sudah tiba masanya untuk aku memulakan sesuatu yang baru dalam hidupku...


Wan - terima kasih kerana banyak membantu K.Atie selama ini... K.Atie sentiasa kagum dengan Wan..masih mampu memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi bila ada program walaupun terpaksa meninggalkan anak-anak...

Asma'- terima kasih kerana sentiasa membantu K.Atie membuat proposal, membuat ayat-ayat yang canggih.Bukan setakat kerja-kerja CCGD, bahkan PA tak rasmi pada projek paper kakakmu yang ntah tahun bila akan siapnya. Juga bukan setakat counselor & PA bahkan kakak kepada Ain yang banyak cengkadaknya....

Zana - adik yang peaceful, cekap & selalu siap kerja bukan setakat on time tapi b4 time. Thanks zana kerana sentiasa membantu K. Atie di saat-saat K. Atie memerlukan

Az - terima kasih Az kerana tak pernah menolak kalau K.Atie meminta pertolongan... Az tak pernah menghampakan K.Atie di saat K.Atie mengharapkan bantuan walau macamana tunggang langgangnya Az di waktu itu..

Ayu - Walaupun masih baru sebagai counselor, K. Atie kagum kerana Ayu memang betul-betul concern dengan students..sanggup korbankan masa makan semata-mata nak buat session dengan student. Terbukti tiada ilmu kaunseling bukan bermakna tidak mampu menjadi kaunselor yang baik...

Fatah - banyak yang K.Atie belajar dari Fatah especially tentang program.. Terima kasih dan K.Atie sangat-sangat menghargainya.Semoga Fatah dapat bantu Shayu untuk CCGD.

En Rosli - terima kasih kerana sentiasa memberi semangat untuk saya menghabiskan master di UM. Insyaallah dengan berkat doa En. Rosli, saya akan pastikan konvo di UM 2009 nanti nama saya akan tersenarai..Insyallah..

Kiah- tak terbalas rasanya jasa kiah selama ini dalam membantu K.Atie untuk terus jadi "cip". Tak tersenarai dan tak tersebut betapa banyaknya ilmu yang K.Atie perolehi dari Kiah. terima kasih dik..

Zai - terima kasih kerana membantu K.Atie sejak zaman practical counselor lagi hinggalah di saat melangkahkan kaki keluar dari IIC. Sentiasa bertindak cepat,tepat dan betul (err..itu untuk polis)


Shayu - Maaf dik kerana secara tidak langsung beban terpikul di bahu Shayu. Bukan niat, bukan itu yang didoakan tapi percayalah Shayu adalah yang terbaik untuk berada di tempat ini apatah lagi bila CCGD digabung dengan discipline... K.Atie yakin dan percaya dengan kemampuan Shayu dan K.Atie yakin counselor lain akan bersama-sama Shayu untuk menaikkan semula CCGD di tempat yang kita pernah berada sebelum ini... Insyaallah....

Cik Din, Izwan, Arif, Akma, Aman, KN, Del, Asma Yasrib, Sharidan,Echah......
Terima kasih kerana pernah mewarnai CCGD semenjak 2004 hinggalah ke hari ini...
Terima kasih kerana mewarnai hidup dan hari-hari K.Atie selama bergelar Chief Counselor di IIC...

Juga istimewa buat nani..
terima kasih kerana banyak membantu saya selama ini..Percayalah,saya bangga dengan Nani!!

Buat Yusminna, Misliah, Hasanul, Asrijadi, Zulfah, Hanum dan adik-adik di IIC yang berjiwa kental..
Syabas kerana mampu mengharungi cabaran demi cabaran dan dugaan Allah...Insyaallah mendung tidak akan mengiringi kita selama-lamanya...... Adik-adik semua telah berjaya membuktikannya....

Juga buat pelajar-pelajar IIC khususnya yang terlibat dengan RTS 1 - 7, terima kasih kerana pernah berkongsi rahsia, pernah bertukar cerita, pernah bersama-sama saya. Semoga apa yang diberikan dapat menjadi panduan dan pedoman untuk meneruskan kehidupan di masa hadapan...

Maaf..
Sekiranya ada yang tersinggung...
Sekiranya ada hati yang tersentuh...
Sekiranya ada tutur kata yang kurang menyenangkan....
Diri ini hanya insan biasa..serba kekurangan dan kelemahan....


Terakhir untuk semua counselor...
Seperti yang telah Kak Atie katakan,"I'm just resigned as a Chief Counselor, but not as a sister...You still can have my shoulder to cry on...you still can have me as a friend to rely"...


A Shoulder To Cry On



Life is full of lots of up and downs
But the distance feels further
When it's headed for the ground
And there's nothing more painful
Then to let your feelings take
you down

It's so hard to know
The way you feel inside
When there's many thoughts
And feelings that you hide
But you might feel better
If you let me walk with you
By your side

And when you need
A shoulder to cry on
When you need
A friend to rely on
When the whole world is gone
You won't be aloneI
'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be your friend to rely on
When the whole world's gone
You won't be alone
cause I'll be there

All of the times
When everything is wrong
And your feeling like
There's no use going on
You can't give it up
I'll help you work it out
And carry on

Side by side
With you till the end
I'll always be the one
To firmly hold your hand
No matter what is said or done
Our love will always continue on

Everyone needs a shoulder to cry on
Everyone needs a friend to rely on
When the whole world's gone, you won't be alone
Cause I'll be there
I'll be your shoulder to cry on
I'll be there
I'll be the one to rely one
When the whole world's gone,
you wont be alone
Cause I'll be there
And when the whole world is gone
You'll always have my shoulder to cry on

Sunday, October 12, 2008

Takziah buat sahabatku..(Mastura Yahya)

Minggu lepas baru aku berkongsi cerita tentang pemergian ibu. Tiba-tiba subuh sabtu yang lalu (11/10/08), aku mendapat panggilan telefon dari Amal memberitahu emak Mas telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 12.13am. Rupa-rupanya Mas ada menghantar sms malam tadi tapi handset aku tertinggal di luar bilik.... Aku terus menghubungi Mas. Nada sayu Mas dihujung talian memberitahu,"Mak meninggal pukul 12 lebih malam tadi. Jangkitan kuman pada paru-paru.Kebumi lepas Zohor."

Tanpa berlengah aku berbincang dengan suamiku untuk balik ke Sungai Siput. Pukul 8.30am aku mengambil Amal di stesyen PUTRA Sentul Timur dan kami terus ke Sg Siput. Baru beberapa kilometer, bunyi letupan kecil...rupa-rupanya suamiku telah terlanggar batu yang agak besar di tengah jalan.Dugaan.....Mencari kedai tayar berhampiran, rupanya tayar bocor dan rim bengkok sedikit. Terpaksalah kami menukarnya dengan rim dan tayar spare yang ada.... Ya Allah, lancarkan perjalanan hambaMu ini...

Tiba di Taman Kemiri dalam pukul 12.30pm, rumah Mas lengang. Rupanya jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan. Setiba di Tanah Perkuburan Temin, imam sedang membacakan talkin. Sayu memeluk Mas..... Rupanya sudah ditakdirkan aku dan Amal tidak dapat menatap wajah terakhir makcik.

Petangnya, selepas makan tengahari dan solat di rumah Kak Odah, kami ke rumah Mas semula. Sayu melihat rumah Mas..terbayang wajah makcik yang selalu ceria menyambut kami datang sewaktu hari raya... Tak pernah lupa menyediakan mee kuah istimewanya setiap tahun. Melihat keadaan pakcik, hati tersentuh."Aku dah tak ada kawan gaduh.." Bagaimana sedihnya aku, menderita lagi Mas dan adik-beradik yang lain....merana lagi pakcik yang kehilangan isteri tersayang.

Hati sedikit terkilan kerana setiap tahun aku akan ke rumah Mas, tapi entah kenapa tahun ini aku tidak berkunjung ke sana... Pada petang hari raya pertama, aku berkunjung ke rumah Amal, Mas juga ada di sana. Jadi aku memberitahu Mas, tak perlulah aku ke rumahnya lagi kerana sudah berkumpul di rumah Amal. Hari Ahad (5/10/08), Sam dan Mas menelefonku untuk datang berhari raya di rumah Mas tetapi terpaksaku tolak kerana ada urusan keluarga. Amal dan Sam bertuah kerana itulah kali terakhir mereka bertemu dan berbual dengan makcik... Ralatnya hati ini....

Mas, nasib kita hampir sama. Kehilangan ibu tercinta akibat jangkitan kuman, dan pemergiannya di saat-saat kita menempuh hari bahagia. Sabarlah sahabatku.Walaupun pedih,walaupun pahit, hidup mesti diteruskan. Percayalah Mas, ada rahmat yang menanti... Insyaallah, semoga pemergian mak akan digantikan dengan kehadiran suami yang pengasih dan memahami. Allah mengambil sesuatu yang kita sayang tetapi Allah akan menggantikannya...Walaupun tidak sama namun, sekurang-kurangnya kita masih ada tempat untuk mengadu.

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ibu Mas, cucurilah rahmat ke atas rohnya & tempatkan arwah ke dalam syurga bersama-sama orang beriman.

Wahai sahabat diluar sana, sekiranya anda masih lagi belum merasa kehilangan insan tersayang, tidak perlu bertanya pada diri sendiri,"bagaimanalah agaknya kalau semua ini berlaku pada diriku. Bagaimana aku hendak menghadapinya?Mampukah aku untuk menghadapinya....Kuatkah aku untuk menempuhnya?" Tidak perlu berfikir & tidak perlu bertanya kerana apabila tiba masanya, Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang akan memberi kekuatan buat diri kita.

'Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya.'
Walau bagaimana berat sekalipun dugaan itu, insyaallah kita mampu menghadapinya kerana itu janji Allah pada hambaNya... Lepaskanlah pemergian insan tersayang dengan redha kerana walau bagaimana sayangnya kita, sesungguhnya tiada kasih sayang yang lebih tinggi dan mulia selain daripada kasih sayang Allah terhadap hambaNya...

Tuesday, October 7, 2008

Kasihmu harum subur di hati.... (Al-Fatihah buat bonda Zaharah Bt Hj Mat Isa)

Esok, 8 syawal.... Sudah 8 tahun juga aku menyambut Syawal tanpa ibu tersayang... arwah mak meninggalkan kami sekeluarga pada 20 Jun 2001. Bila Ramadhan menjelma, rindu pada masakan mak... nasi kerabu....tauhu sumbat.....pecal..ntah macam-macam lagi masakan wajib yang arwah sediakan sewaktu berbuka.... Tapi semuanya tinggal kenangan....




Pulang ke kampung minggu lepas, perasaanku tersentuh apabila aku melihat di dalam almari baju abah, dicelah-celah baju yang digantung, mata terpaku pada sehelai blouse merah jambu yang masih tergantung elok..... tanpa kusedar, air mata mengalir laju kerana itulah baju terakhir yang arwah mak pakai sewaktu dihospital Ipoh sebelum mak dijemput tuhan yang Esa......Ku peluk & ku cium baju mak...Ya Allah...rindunya aku pada emak.....Masih terbayang saat-saat akhir mak meninggalkan kami sekeluarga......


2 Jun 2001...

Mak demam-demam sebaik pulang dari kenduri di rumah Pak Yang, kenduri kahwin yeop.Aku bawa mak ke klinik..doktor kata demam biasa.... 3 hari kemudian demam mak beransur baik...


4 Jun 2001...

Hari jadiku yang ke 27 tahun. Mak mencium pipiku, " Happy birthday tu you.......semoga panjang umur & murah rezeki." Itulah birthdayku yang terakhir bersama-sama ibu tersayang...


8 Jun 2001...

Habis mengajar mak mengajak aku ke kedai pengantin di Salak-Intan Collection untuk memilih baju pengantin.... Aku akan melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos nanti.... Hari ini demam mak datang semula. Tapi semangat untuk memilih baju pengantin anak perempuannya ini menyebabkan mak lupa keadaan dirinya. Mak begitu teruja menyuruh aku mencuba semua pakaian yang ada.. dari baju songket biru, evening dress, baju ala-ala british zaman dahulu & apa sahaja yang ada emak suruh aku mencubanya.... Lepas satu..satu aku mencubanya.. Wajah mak nampak ceria melihat anaknya dalam pakaian pengantin.... (Rupanya mak tak dapat melihat aku memakainya pada hari sebenar..kalaulah kutahu....)Mak berkenan pada songket biru muda.... Itulah yang akan ku pakai pada hari perkahwinanku nanti...


9 Jun 2001...


Dalam demam yang masih tak kebah-kebah, mak masih larat mengikutku ke Sungai Siput untuk menempah langsir.... Kami ke rumah Kak Yah untuk memilih kain dan design untuk majlisku nanti... Dalam demam-demam, mak masih ceria.....


10 Jun 2001


"Happy Mother's Day, mak..." Kupeluk dan kucium pipi emak."Sorry tahun ni tak de hadiah...Kat Lenggong tak de barang yang menarik.. Nanti tahun depan, acik bagi double!" Mak tersenyum lantas menjawab,"Takpe..tahun depan, acik bagi double & tambah satu lagi hadiah dari Nuar. Banyaknya hadiah aku tahun depan..."Aku tersenyum tanpa kusedar itulah ucapanku yang terakhir buat mak dan tiada lagi hadiah Hari Ibu buat mak untuk tahun-tahun seterusnya....Kalaulah ku tahu.....


13 Jun 2001...

Masih ku ingat, pukul 4 pagi, hari Rabu, mak mengejutku....


"Acik..bangun acik...mak takut..mak mimpi.."


"Mak mimpi apa?"


"Mak mimpi mak mati..mak ada kat satu tempat ni, semua orang pakai kain kapan..panas kat tempat ni. Ada yang kain kapan dah terbakar, ada yang elok lagi...Mak pun pakai kain kapan tapi kain mak elok lagi..Mak nampak orang lari sana-sini...mak rasa takut sangat acik..Apa maksudnya?"


"Entahla mak....rasanya mesti Allah sayangkan kita semua, sebab tu Allah bagi mak mimpi macam tu....Allah nak kita sekeluarga berubah.....Alhamdulillah mak..bukan senang orang dapat mimpi macam mak..."


" Takutnya acik.... mak minta ampun dari semua anak-anak mak... mak ampunkan semua dosa-dosa anak-anak mak... mak nak minta ampun dari abah....."


"Acik pun minta ampun banyak-banyak mak...semua dosa-dosa acik..acik sayang mak...."

Tak kusangka itulah petunjuk yang Allah berikan.... kenapalah hatiku tidak terlintas langsung yang mak akan pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.


Selepas hari itu, mak terus demam & aku membawanya ke klinik lagi....doktor nasihatkan agar mak dihantar ke hospital....Hari Jumaat 15 jun 2001, aku meminta cuti dari pengetua kerana aku hendak membawa mak ke hospital pada hari isnin minggu depannya.


16 Jun 2001..

Mak semakin tidak larat.... hanya terbaring. Opah & atuk datang tidur dirumah....Dalam keadaan yang masih tidak sihat, mak masih sempat masak untuk opah & atuk..Rupanya itulah masakan terakhir mak buat kami semua.


18 Jun 2001...

"Adik, mana surat hang dapat masuk kolej ni... tak sampai-sampai lagi pun..."Adik bongsuku dapat offer untuk belajar di Kolej Islam Antarabangsa. Surat tawaran yang dinanti masih tak kunjung tiba....Petangnya, keadaan mak semakin lemah. Pak Yang yang datang dari Sungai Siput menyuruh kami membawa mak ke hospital..."Kalau aku pergi hospital, maknanya aku pergi mati..." Itulah ayat arwah mak bila disuruh ke hospital....Sabtu & Ahad, jiran-jiran datang melihat keadaan mak & mak sempat meminta maaf dari jiran2 yang ada... Alhamdulillah.....


Malamnya aku memujuk mak untuk ke hospital dengan janji aku akan menemani mak sepanjang di hospital. Pukul 9 malam aku, abah & Pak Yang membawa mak ke pusat kesihatan kecil Lenggong sebelum di hantar ke hospital Gerik. Sewaktu melihat mak terbaring di atas katil klinik tersebut hatiku terdetik,"Kenapa mak pucat semacam ni..macam mayat je.." Wajah mak amat pucat,kalau ditoreh pun tak berdarah..Namun hati masih tidak memikirkan sesuatu yang buruk.



Setiba di hospital Gerik, mak kelihatan takut kerana seingat aku mak hanya masuk hospital sewaktu melahirkan aku di Kuching, Sarawak.... Malam itu, aku menemani emak sampai ke pagi... Doktor memberitahu abah, mungkin mak demam denggi.... Sesekali mak tersedar, aku memberi mak minum air.. dalam keadaan sebegitu pun mak masih risaukan aku yang tak tidur2....


"Acik tidurla kat katil sebelah tu, nurse tak marahnya.."

"Takpe la mak..nanti acik nak tidur, acik pergila..mak tu yang kena tidur..."


"Acik, esok mak nak balik yek..."

"Okey kalau doktor kata ok, esok kita balik yek"


Pagi-pagi esoknya aku call nyah & along, suruh balik tengok mak, tanpa pengetahuan mak.....

19 Jun 2001..

Pagi, dihospital, aku memandikan mak, memimpinnya,memakaikan bajunya, menyikat rambut mak & menyuapkan kuih. Sekerat karipap, itulah makanan terakhir mak...


"Happy birthday Cuwan." Mak masih tidak lupa pada anak bongsu kesayangannya. Walaupun agak lemah.Hari jadi adik tidak seceria seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada upacara membuka hadiah, tiada acara makan-makan....Kesian adik....


Abah menyuruh aku balik untuk tunggu along & nyah. Dalam perjalanan balik, otak memikirkan apa yang aku nak masak untuk mak nanti."Masak asam pedas ikan pari lah...mak suka"Aku menumbuk cili kering kerana aku tau mak tak suka masak asam pedas kalau cilinya diblend. Pukul 12.30pm along & nyah sampai & sedang kami bersiap-siap untuk ke hospital, aku dapat panggilan dari abah mengatakan mak akan dihantar ke hospital Ipoh. Kami terus bergegas ke Ipoh.... Tiba di Ipoh, mak dimasukkan ke High Density Unit (HDU). Mungkin kerana denggi.. Petangnya, wajah mak ceria melihat semua anak-anak, menantu & cucu berkumpul. " Malam karang nak makan apa? Ada ke lauknya? Nak masak apa nanti?" Itulah emak...dalam sakit, tak lupa pada anak2.Petang, kami pulang ke Lenggong. Sebelum pulang, aku & abah ke Greentown Mall membeli lampin pakai buang & listrine & barang-barang yang disenaraikan oleh nurse untuk mak.Mengalir air mata sewaktu memilih barang-barang yang harus dibeli..Sebak dada memikirkan emak yang selama ini kuat kudratnya..kuat semangatnya...seorang ibu yang ceria kini terlantar di katil hospital...


Malam, abah & along bergilir-gilir menjaga mak...


20 Jun 2001...

Aku ke sekolah seperti biasa. Sebaik tiba, aku terus berjumpa dengan pengetua untuk meminta cuti kerana aku akan ke hospital. Aku bercadang untuk mengajar kelas 1A4 sebelum pulang. Semasa aku menulis di whiteboard, tiba-tiba telefon berdering. "Acik, mak dah tenat. Bawa semua ke hospital.Kita doakan yang terbaik untuk mak. Sabar ya nak...Bawa kereta elok-elok."Aku cuba untuk menghabiskan ayat yang terakhir di whiteboard tapi tanganku tak mampu lagi menulis ...Ya Allah.....


Aku terus keluar dari kelas, menuju ke bilik guru,mengemas apa yang patut. Pagi itu aku membawa motor ke sekolah agar mudah untuk aku pulang. Sepanjang perjalanan dari sekolah ke rumah yang hanya beberapa kilometer, aku tak sedar pedal minyak kupulas sehabis mungkin.. "Laillahaillallah... Ya Allah..kalau pun Kau ingin ambil ibuku, biarkan kami semua sempat menatapnya...Janganlan Kau ambil nyawanya sebelum aku tiba...Ya Allah.." Tak sedar, aku bercakap seorahg diri...Melalui tanah perkuburan, aku terfikir...mak akan dikebumikan di sini ke? Tak sanggup memikirkannya.


Tiba dirumah, nyah, cik man,cuwan, mama & anak2 saudaraku telah siap. 9 orang berhimpit di dalam kereta abah & aku membawanya.... Perjalanan terasa terlalu lama..... Masing2 diam sepanjang perjalanan....


Setiba dihospital kami bergegas ke HDU. Ku lihat air mata abah..."Pergilah tengok mak, mak tak sedar sebab doktor bagi ubat..." Melihat keadaan mak, aku terkedu..seperti melihat drama ER kesukaanku, tubuh mak dipenuhi wayar...di dada...di jari...mesin di tepi katil..... Semalam mak masih riang tersenyum, namun hari ini.......

Aku bertanya kepada nurse bertugas,"Kenapa dengan mak saya?"


"Mak cik kena jangkitan kuman di otak kerana demam terlalu lama. Kami bagi morfin sebab mak cik sakit sangat semalam..Dia sedar cuma terlalu lemah."

Aku mencari doktor yang ada," What we are suppose to do?"


"Sorry miss, there's nothing we can do..We have tried our best.She's too weak. Just pray for her".


Kutahan air mata dari mengalir...aku kena kuat...Seperti yang mak kata pada aku semasa di hospital Gerik malam semalam,aku adalah kekuatannya untuk masuk ke hospital..... Aku duduk di sisi emak..Aku bisik ditelinganya...

"Mak..acik tahu mak dengar..mak kena kuat..mak kena lawan sakit mak.. acik doakan mak cepat sembuh..kalau mak buka mata, kita balik..acik minta pada doktor untuk bawa mak balik.Mak kena kuat untuk abah, untuk anak-anak mak..untuk cucu-cucu mak.. Bukalah mata mak.....Mak kena sihat..mak kata nak tengok acik pakai songket biru masa kahwin nanti.Mak kata nak tengok cuwan masuk kolej..mak kena lawan sakit mak..Acik tahu mak kuat."

Hampir pukul 1.00pm atuk, opah tiba & jiran-jiran tiba dengan sebuah van. Tidak kira siapa yang datang, aku tidak berganjak dari sisi mak. Atuk mengajar kalimah shahadah ditelinga mak. Masuk kali ketiga....Tiba-tiba aku lihat air mata mak mengalir.....

"mak..mak boleh dengar ke..mak, acik tahu mak boleh dengar.Mak bukalah mata.....mak...bangun mak...kita balik ye...kita tak payah duduk hospital lagi ye...mak bukalah mata...Acik tahu mak dengar..."

Ku sapu air mata emak dengan harapan aku dapat melihat sinar matanya.... Tiba-tiba...mesin di sisi emak berbunyi.... Serentak dengan azan zohor dan masjid yang berhampiran...Nurse dan doktor berlari ke katil...Nurse yang bertugas menyuruh kami semua ke tepi dan menutup katil mak dengan birai yang ada...aku tidak berganjak walau disuruh berkali-kali oleh nurse. Aku terus ke sisi doktor..

"Doctor, I want to be with my mother...please..."

"Okay, only you..."

Aku melihat doktor memeriksa nadi mak, menggunakan kejutan elektrik di dada emak untuk menstabilkan denyutan jantungnya....Ya Allah....aku seperti menonton cerita di tv.Kemudian nurse menyuruhku ketepi..Ku tahu itu proses yang terakhir....

Doktor lelaki berbangsa cina mencatitkan sesuatu,kemudian menuju ke kaunter di wad tersebut. Kami hanya melihat dari jauh.

"Mana anak makcik tu tadi?" Aku melangkah menghampirinya."I'm so sorry..mak awak sudah meninggal dunia.Takziah". Handbag yang tergantung di bahu jatuh entah ke mana... Terduduk aku,abah & nyah di dalam wad tersebut... Tidak kuhirau mata yang memandang....walau pun aku telah mengetahuinya, walau aku sendiri melihat mesin itu berbunyi tapi......Ahhh....sukarnya menerima kenyataan yang mak telah kembali ke sisiNya.... Ya Allah.... berat sungguh ujian ini.... Tepat 1.35pm sewaktu azan zohor berkumandang, insan yang melahirkan dan membesarkan kami 4 beradik telah dijemput buat selama-lamanya...

Kusapu air mata yang mengalir, dengan penuh berhati-hati kucup dahi emak..ku cium pipi emak..Atuk mengkiamkan tangan arwah.... Hilang seorang lagi anak kesayangannya....


21 Jun 2001..


Arwah mak dikebumikan sebelum zohor......

Dan Cuwan.....

hancur luluh hatinya apabila emak pergi sehari selepas hari lahirnya yang ke-18 dan surat tawaran ke kolej yang dinanti-nanti oleh emak tiba pada hari pengkebumiannya.... Tabahkan hati dik....


Wahai anak-anak.....

Sentiasalah meminta ampun kepada kedua ibubapamu sementara masih sempat untuk kita berbuat demikian..Bayangkan apa yang akan berlaku pada hidup kita kalau kita hidup tanpa kemaafan dan keampunan dari ibu dan ayah tercinta? Berkatkah hidup kita sepanjang hayat? Bahagiakah diri kita sebelum Allah pula menjemput kita? Jangan malu untuk menyatakan kekesalan dan memohon keampunan pada kedua orang tua sementara mereka masih ada.


Wahai para ibu & bapa....


Adakala air mata mengalir juga mengenangkan sikap anak-anak yang dijaga dari tapak kaki sebesar dua jari...adakalanya terguris jua hati dengan kata-kata anak yang sedang meningkat dewasa... Tapi apalah salahnya seandainya sekali-sekala kita membisikkan kata-kata kemaafan dan keampunan di atas segala perbuatan dan perkataan mereka selama ini... Agar mereka tahu bahawa walaupun tindakan dan kata-kata mereka ada kalanya mengguris jiwa, dosa mereka telah diampun.... Kita mahu mereka meneruskan kehidupan ini dengan ketenangan dan keberkatan seandainya kita dijemput Allah S.W.T.

Percayalah wahai sahabatku..betapa pentingnya apabila kita dapat mendengar dari mulut ibu dan bapa sendiri bahawa mereka telah mengampunkan segala dosa-dosa kita.Betapa bahagianya kita melepaskan pemergian insan tersayang dengan penuh ketenangan kerana kita tahu kita tidak berhutang apa-apa dengan insan yang telah melahirkan dan membesarkan kita selama ini.


Percayalah..

kerana aku telah merasainya...dan kini aku mampu meneruskan kehidupan dengan penuh ketenangan, kekuatan dan ketabahan kerana subuh itu.......sewaktu ku kucup tangan mak, telinga ini mendengar betapa lancarnya emak menuturkan...."Mak ampunkan dosa acik..mak ampunkan dosa anak-anak mak".

Ya Allah...terima kasih kerana di saat Kau menjemput ibuku menjadi tetamuMu, kami semua telah bersedia....kami redha melepaskan emak kerana emak telah menghalalkan susu yang menjadi darah daging kami 4 beradik selama ini... Dan kenangan 20 Jun 2001 itu takkan kupadam dari ingatan ini kerana itulah yang menjadi kekuatanku dalam melayari liku-liku kehidupan sebagai seorang insan...

Al-Fatihah buat emak tersayang. Pergimu tiada pengganti..kasihmu harum subur dihati...

Ya Allah...Kau ampunkanlah segala dosa ibu, tempatkan ibuku ke dalam syurga bersama-sama orang-orang beriman.Peliharalah ibuku sebagaimana ibu menjagaku dari kecil sehingga ke akhir hayatnya..Amin....

Terima kasih abang

Membaca email yang diterima pagi tadi, mata terpaku pada sebuah sajak yang dihantar oleh student ku..... Tersentuh hati seketika... Terus terbayangkan wajah seseorang yang amat bermakna dalam hidup ku..dulu..kini... & insyaallah selama-lamanya....


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain ..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang l ain .
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL....

Buat suamiku.....
Terima kasih kerana menjadi sahabat yang amat memahami, di waktu susah dan senang,
Terima kasih kerana menjadi suami yang penyayang, penyabar di saat suka dan duka isterimu,
Terima kasih kerana menjadi bapa yang pengasih pada putera & puteri kesayangan dalam apa jua keadaan.

Ya Allah, terima kasih di atas segala-galanya....

** terima kasih kepada penulis sajak ini yang berjaya menyentuh perasaanku....

Wednesday, September 24, 2008

Hari ini dalam sejarah....

Hari ke -25 di bulan ramadhan

Hari yang seindah ini aku mulakan hari ku dengan 2 perkara yang ntah hapa-hapa. Sejak berpindah ke rumah baru, setiap hari aku akan ambil kawan sekolej untuk sama-sama ke tempat kerja. Pagi tadi, aku boleh terlupa untuk berhenti...aku terlajak agak jauh sikit dari simpang yang sepatutnya...Nasib baik sedar cepat,kalau nak naik cab la pulak Gee. Terpaksala budak Gee jalan jauh sikit ari ni..... Sorry ek..Sebabnya...aku tak fokus....
Kedua, pukul 8.15am masuk ke kelas, walaupun student tinggal berapa kerat je..(yang lain tu agaknya dah sibuk menganyam ketupat, cari buluh lemang, buat panjut kat kampung halaman....anak mithali la katakan!) dengan semangatnya aku pun salin notes kat white board & terus mengajar.... tapi aku heran sebab dia orang pagi ni nampak blurr je...aku tanya tak jawab..selalunya menyampuk ngalahkan mak nenek. Tak pe..aku cuba betulkan sikit alignment dia orang...ulang balik topik last kelas,nak refresh memori dia orang la konon... tapi still dia orang tengok aku cam alien. Aku bagi 5 examples, 2 tu dia orang kena buat sendiri. Pas tu aku keluar kelas jap coz nak ambil midterm exam paper untuk bagi pada students yang tak datang hari tu. Bila aku masuk balik kelas, aku tanya,"Any problems...?sorang student ni tanya, "Madam, itu Maths 2 kan?" Terkedu jap....last-last aku bantai gelak..Abis satu kelas gelak kat aku.."Madam ni sibuk fikir nak balik raya ni..."Hampeh!! Aku gi ajar subject Maths 2 pada students Maths 1..Patutla dia orang blurr je..Hari ini dalam sejarah betul..selama 7 tahun aku jadi lecturer mengajar subject Maths1 & 2, tak pernah buat lawak bodoh cam ni....sebabnya..aku tak fokus...
Ini la akibatnya kalau terlalu banyak perkara yang kita fikirkan atau kalau kita fikirkan sesuatu perkara tu terlebih-lebih.....Memang hari ni aku risau memikirkan sesuatu...sesuatu yang penting dan melibatkan satu keputusan yang agak berat untuk dibuat. Tapi aku dah nekad & aku tahu inilah pilihan yang terbaik buat diriku & keluarga.... Apa dia? Tungguu.... tak boleh bising-bising lagi..nanti havoc!!!

Monday, September 8, 2008

Terjah......

Apa perasaan anda bila tiba-tiba anda diterjah oleh boss di office?Gabra?Cuak?Cemas?Happy (ada ke orang mazhab nie?) atau takde perasaan?Maklumla, tetiba je boss datang buat spotcheck... Pagi tadi tengah sibuk marking exam paper, tetiba terdengar suara lelaki masuk dalam CCGD,toleh-toleh...alamak....boss. Terkedu jap coz otak tak bersedia... Ada beberapa perkara yang ditanya, diminta yang berkaitan dengan anak buahku & department..Alhamdulillah semua ok..(pada pandangan aku la....). Aku bersyukur sangat kerana mempunyai anak buah yang mantap2 belaka..kami bekerja seumpama sebuah keluarga... walaupun ada lubang di sini sana, siapa yang sempat, dia tolong tampal....itu yang menjadi kekuatan untuk aku terus kekal di sini (sampai bila ek?...tunggulah master tak siap lagi..he..he..). Aku bukanlah seorang bos yang bagus sangat, tapi kekuatan dan kelebihan yang ada pada counselor-counselorku, menjadikan aku kuat, tabah dan melihat bidang kerja ini sebagai sesuatu yang membahagiakan walaupun stressnya agak kritikal..
Peristiwa pagi tadi membuatkan aku terfikir banyak perkara... yang pertama, kenapa kita takut bila berjumpa/terjumpa/saja-saja nak jumpa/buat-buat jumpa (???) boss. Of cause sebab diri kita juga. Kalau kita buat kerja dengan betul, jujur, yakin dengan kerja yang diamanahkan, for sure kita tak akan takut.Tapi kalau kita pun tahu setakat suam-suam kuku tentang apa yang pernah, sedang dan akan kita dibuat,mesti kita kurang confident bila diserbu macam tu.
Bagi aku,kalau kita sanggup terima jawatan yang diberi, bermakna kita mesti sanggup memikul amanahnya. Memanglah kita takkan dapat memuaskan hati semua orang tapi kalau kita dah buat yang terbaik...serah saja pada Allah....
Kedua, kadangkala akan ada perkara-perkara yang mengecewakan diri kita.Mungkin tentang kerja.....keluarga....cinta....kehilangan insan tersayang..masa depan yang tak menentu... apa-apa saja....Masalah?Siapa yang tidak ada masalah?...Apa yang perlu kita kita lakukan? Kalau dalam kaunseling, kalau kita menghadapi masalah, ada 3 perkara yang kita boleh lakukan:
1) menghadapi masalah
2)lari dari masalah
3)kekal dengan masalah
The choice is yours!!!!!
Tak ada manusia di muka bumi ini yang tidak pernah sunyi dari masalah dan ujian dari Allah s.w.t.Dalam hidup aku, aku cuba untuk melihat sesuatu yang berlaku dari sudut yang positif... Memang susah tapi tak salah kalau kita mencuba... Of cause pada awal kita akan rasa marah, kecewa, sedih..Normal la kalau kita berperasaan macam tu (kalau takde perasaan, tu dah masuk kategori zombie Kg Pisang..).Tapi jangan biarkan perasaan tu menguasai diri kita. Beritahu diri kita berapa hari kita perlukan masa untuk bersedih atau kecewa..sehari?seminggu? sejam? atau mungkin 30 minit? Lepas tu, sapulah air mata ke..air hidung ke...& beritahu diri kita "Okey...aku dah puas menangis, dah tiba masanya untuk aku bertindak!!" Kemudian, buat keputusan sama ada kita mahu kekal dengan masalah tersebut (maknanya, buat bodoh...buat cam takde masalah padahal kepala cam nak pecah memikirkannya."Takpela..dah ini takdir hidupku..pasrah jela...") atau kita nak lari dari masalah tersebut atau pun menghadapi masalah tersebut walapun ianya pahit untuk ditelan. Bila dah buat keputusan, barulah bertindak..Siapa??? Diri kita sendiri, atas kehendak kita sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa... Wahai kawan-kawanku diluar saya.... La Tahzan..janganlah bersedih kerana disebalik kepahitan pasti ada kemanisan yang tak terduga...Bertindak sekarang..!!!!
Selamat berbuka(err..bukan sekarang aa..tunggu masuk waktu!).

Friday, September 5, 2008

Akhirnya......

5 September 2008....


Ada dua perkara yang menggembirakan pada hari ini...

Pertama hari ini birthday Aqil yang ke 1/2 tahun (camana nak wish aa...). Baru 6 bulan, dah macam 1 tahun..sibuk nak berdiri....eksyen..siap nak lepas tangan!Petang nanti ibu suap nestum ek..






Kedua Aku dah berjaya buat blog!!!!Dah umur 34 tahun baru ada blog sendiri..Thanks to Asma' coz sabor mengajar anak murid dewasa ini... Kalau tak dengan tunjuk ajar counselorku ini, ntah berapa kurun lagi baru dapat buat.Asyik tangguh..tangguh...

Tapi, dalam happy2 ni ada satu perkara yang mendebarkan. Bukan sebab tengok Kekasihku Seru tapi risau takut-takut ada panggilan dari i-care yang meminta kebenaran dari ibu untuk buka puasa hari ni...Tapi sebagai ibu, bangga kerana kakak yang baru berusia 6 tahun boleh berpuasa penuh cuma terbabas hari Rabu lepas sebab penat akibat digeletek teacher di i-care ("kakak terlupa kakak puasa....teacher geletek sambil lari-lari..kakak penat,dah tak boleh jalan!!") Cuma yang kelakarnya siap minta teacher call ibu nak minta kebenaran nak minum air..."kalau ibu tak bagi, kakak tak minum.." Hai...anak counselor, ayat power... Ya Allah, berilah kekuatan pada kakak untuk menghabiskan puasanya hari ini...











Hmmm...hari pertama menulis blog, kekok juga rasanya... ada banyak perkara yang ingin dikongsi..diluahkan..tapi nantilah......